Monday, June 29
Kelas kelas tkd
Sinis juga perkataan mereka. Selain bertanya khabar, mereka hairan kenapakah team selangor dari uitm/msu tak hantar? Walhal mereka tu jurulatih dari S'gor gak. Sepatutnya pulangkan soalan tu kat diri sendiri.
Saya beri beberapa alasan dan hanya akhirnya pendapat mereka...anak murid lari ke centre lain. Agak nakal jawapan tersebut. Ada yg sinis mengatakan takan kelas uitm shj?
Perkara ini dah lama ditanya..menyakitkan hati juga tapi saya malas nak jawab.
Dulu, kelas satu dua pun tapi tidak pernah miss national tkd. Dan memang kami ni tak pernah dapat jadi selangor A or KL A. Kalau ada pun C & D. walhal kami yg ori MGTF, walhal yg A tu ahlinya kejap kiblat sini, kejap kiblat sana. Tapi kami yg konsisten hantar.
Pernah sekali kami hantar borang penyertaan dulu...sepatutnya A...tapi ditukar jadi C. Always terkebelakang. A for them,,,C&D for us. Only bila takda team, barula merayu suruh masuk negeri lain yg ada A. Pun kami tak kisah. Cumanya beginila persepsi org kat kite.
Bila tak hantar team kali ni..mereka lak andai kelas dah bungkus. Nak kata main main...entahla. Maybe time tu, gua tersensitif kot. Kerana yg mendengar bukan dua org, tapi adalah beberapa kenalan.
Alhamdulillah, ada hikmah tertinggal tournament. Baru ni ada kelas terbaru...sekali dua terus...iaitu Sri palma dan Sri Proton. Kelab Dsynergy dijangka menjadi bertambah ramai. Kelas dewasa bakal diperkenalkan. Di uitm, semester baru bakal menjelma. Di Kolej Alamanda juga..dan sebhg dari ahli di Alamanda bakal berpindah di Kampus Baru Puncak Alam yg kami juga sedang berurusan membukannya. MSU/PTPL, Q Dees dan Pdg Jawa jalan macam biasa.
Bukan kelas tak byk, cuma tak cukup tangan nak ngajar. Ada beberapa lagi tawaran tempat lain, tapi kami bercadang melupai seketika sebb pening kepala nak cari Assistant. So, itula senario berlaku dan disebabkan itula, maka latihan black belt tergendala.....
Oleh itu...inshaAllah mulai Julai, latihan black belt akan bermula di gym seri kembangan. So, sesapa yg nak join, silakan datang. Tiada caj yg dipinta, hanya kesungguhan dan keikhlasan..Datang sekdr nak jumpa tak salah, nak berlatih lagi elok...
Cuma pendekatan kali ini adalah lebih kepada kaedah mengajar. Maybe agak lama black belt ini tau skill, tapi payah nak ngajar..itula hakikatnya. terlalu sibuk masuk tournament dulu,,,lupa perkara yg paling penting iaitu kebolehan menyalurkan ilmu.
Disebabkan kelas bertambah, maka kerja penyelarasan perlu ada, agar tidak byk perbezaan standard. Dan mungkin kelab kecil ini akan bernaung dalam satu pertubuhan berdaftar agar lebih mudah diuruskan...namanya belum finalised, tapi dah ada....
InshaAllah, kite ketemu kembali
Wednesday, June 24
nat. champs - jangkaan yg tidak meleset
Pandangan saya juga gitu. Tetapi...perkara ini pasti berlaku dan bukan mudah diubah kalau segala watak lama masih kekal. Kalau menurut perspektif mereka, mungkin kite tidak cukup belajar untuk menang, dan kalau ditanya generasi terkini...mereka ini tidak berubah. Polemik ini tiada kesudahan. Hakikat yg jelas...terdapat jurang antara muka lama dan baru dan kite di belah mana?
Sesetengah yg "veteran" tidak mungkin mengerti erti blog. Penilaian dibuat berdasar apa yg dia dengar, bukan dia baca. Akibatnya...perkara yg kecil jadi isu besar...bila besar, jahanam namanya. Ini terjadi kerana kurang ingin "turun padang" ambil tau. Terima info dari penasihat je. Akhirnya pergeseran menjauhkan minat org muda. Sehingga ada org yg tidak kurang ilmunya cuba disisihkan..akhirnya sapa rugi
Yg generasi kite lak ni...fikiran terlalu pantas sehingga mengharapkan maklumat sampai secepat apa yg kite harapkan. Byk maklumat terhenti tgh jalan. Akibatnya, kite mungkin bermain persepsi yg belum tau positif nya. Akhirnya...yg "veteran" semakin dijauhi kerana outdated.
Inila masalah bila jurang ini tidak rapatkan. Yg senior berkeras dgn kaedahnya...yg junior asyik mengalah hingga terus berundur.
Di tournament, pegawai dan peserta lebih kurang gitu. Msg msg ada pendirian walaupun sesetengah tertidur lena melihat persembahan anak murid sendiri.Akhinrya leka untuk bersifat adil dan mudah terpesona untuk condong pada satu pihak. Kdg kala...kelihatan spt keputusan sudah dihidu pada awal game tanpa pena menulis di atas kertas markah.
Perkara ini menyakitkan hati. Saya sendiri melihat begitu payah untuk bagi menang org yg benar benar menang, dan begitu payah bagi kalah org selalu menang tapi tak perform kali ini. Ada beberapa muka baru yg bagus juga bila berhadapan fighter yg season (yg kelihatan tidak bermaya). Tetapi kalah juga. Boleh jadi...mereka berharap maybe next round dia boleh perform.
So, kite yg takda kena mengena bingung. Sapa yg betul? Kalau kite kata team tu kalah, yg lain kata dia layak menang dan sebaliknya. So apa kesudahannya? sedih, ranap, geram...rasanya semua ada...lebih lebih lagi kalau guru kite sendiri kata itu org bias...lagi la angin meroyan keluar.
Hakikatnya..menang kalah itu suatu permainan semata. dia tidak menang di hati judge...tetapi dihati org yg melihatnya...dia mungkin hebat. Sebb itu, org gini tidak akan kurang kelas tkdnya sedgkan yg menang tu...bykkah kelas dia handle?
Saya sgt hormat team yg memang tak letakkan judge sendiri...tapi boleh menang. Mereka itu kelihatan boleh dicatur kekalahan...tetapi masih menang dan itusudah dikira satu kehebatan. U have to be extra-ordinary to win or else it is ordinary if u lose
Tahun lepas, ada team hampir cipta sejarah, ada yg hampir kalah... Tapi kali ni besar jurang sgt luas. Jauh sekali. Mereka bijak mencatur strategi dalam dan luar. Hebat. tapi lihatla apakah mereka ada muka baru? hampir tiada. So...bukankah peluang andamasih ada esok.. apatah lagi anda sudah bergerak hadapan memfokuskan pada muka baru yg pastinya ingin membuat kejutan.
Esok lusa, mereka akan jadi seperti anda...mengeluh tak habis habis fasal isu yg sama sdgkan andala di persada kejuaraan.
Saya harap geng-geng tkd tidak putus asa kerana matlamat tkd bukanlah pingat. Of course..gerakkan minda anda dan asahi bakat baru yg pastinya boleh membuat kejutan. insyaAllah. Saya ingin memulai dan harap anda juga mencuba.
Yg menang tidak akan selamanya juara..yg tewas tidak selamanya kalah. hanya masa menentukan....
Monday, June 22
national tkd champs...sekilas pandang
- Salam sejahtera
- Kejohanan yg berlangsung di poli s.alam ini boleh dikatakan agak berbeza suasananya.
- Bertempat di dewan hawa dingin (ala ala air cond 2hp di rumah) dan berseri upacara perasmian yg ramainya kehormat memenuhi ruang pentas lebih dari kerusi penonton.
- Saya berada ketika upacara perasmian dan penghujung acara free sparring. Ingatkan acara berlangsung sehingga kul 12.00 malam sabtunya dan saya telah bersedia bersekengkang mata, rupanya dipendekkan ke jam 9 lebih. Esoknya pulak tidak hadir, kerana anak kecil saya kurang sihat dan atas urusan keluarga.
- Saya jangkakan event ahad akan tamat dalam tghari kerna difahamkan ada grading besar kul 2 ptg. Atas alasan itu, saya tidak berada di ahad dan hanya dimaklumkan habis kul 5 ptg (kalau saya tau, pasti saya datang tghari tersebut)
- Namun, yg berlalu tetap berlalu walaupun saya kesali.
- Kejohanan ini nyata berbeza kerana selaku tuan rumah, selangor dan wilayah tiada team. Dan ianya dirasmikan oleh ketua menteri melaka, dan bukan dari Selangor.
- Yg uniknya juga, diserikan dgn kehadiran ramai vip, antaranya mahaguru omar din, kepimpinan tertinggi badan martial art malaysia dan dunia.
- Turut juga didengari nama baru GTF international (yg belum difahami sejelasnya).
- Hari ahad ..my student bunyi macam nyesal tak masuk. Saya no komen. Setelah menghantar notis nasihat untuk masuk, saya juga buat kali pertama boleh bertimbangrasa untuk sabar mendengar alasan mereka untuk tidak masuk kali ini. Namun, bila dah berlangsung kejohanan, dengar la cerita nyesal tak masuk.
- Anyway, ambilla iktibar. jgnla mengalah sebelum bertarung dgn pelbagai alasan. Carila alasan untuk bertanding. Susah mana pun..pasti pengalamannya itu payah nak dibeli. Saya pun kali ni tidakla naik darah tinggi macam dulu, kalau tak asyik berkejar sana sini nak uruskan hal team.
- Difahamkan team yg sama jadi overall dan kali ini jurang sgt jauh. Maybe tiada persaingan sengit. Maybe team dari selangor (esp dari kite) tak masuk.
- Kelihatan jua tiada bakat baru yg menonjol. Masih muka yg sama yg dikitar johan berkali kali.. Byk team gantung harap pada yg senja. Dari pengamatan saya, standard merudum jika dibandingkan masa kat stadium melawati dulu.
- Berkenaan dgn standard jury...hmm...rasanya perspektif yg lama masih belum terubat. Bunyi-bunyi yg menyakitkan hati masih menjalar. Tiada antibiotik terbaik untuk menyembuh sympton sesetengah jury...yg hanya ada adalah ubat penahan sakit je....
- So, sekrg ni fikir fikirkanlah bakat muda yg ada. Bakal muda untuk yg bertanding dan juga yg menjadi hakim jury (dan juga pegawai technical).
- Dan itula misi saya dan juga misi jurulatih lain. InsyaAllah, with all hard work and patience, we can.
- Tahniah buat penganjur, peserta samada yg menang kalah.
Monday, June 15
Self defence meet – a great start… fun learning..rewarding experience.
Hi, we have just come back from the meet session.
Great! The purpose has been achieved. The response was not bad, especially during the 1st interval and the eagerness to continue was clear from their face expression.
I was there as a moderator. A few seniors were entrusted to lead their own session. No restricted program or module, just openly share a few locking and methods, which I thought was a very unique session.
Learning was fun without any direct confrontation, unhealthy debate, character assassination and extraordinary argument. All moves toward the same aspiration…sharing and meet.
Some technique looks common but is not easily executed. Some method looks relatively difficult, but can be done after a few rounds of coaching and confidence talk. Some looks so simple but yet difficult to handle in a practical way.
All these lead to one common thing, i.e. there is no standard rule in self defence.
Right or wrong is not found in text book of self defence. We are the one determining the suitability and effectiveness of method. We are the one making it practical, we are the one assessing the effectiveness and viability.
In self defence, the common aim is to safeguard our life and to protect us from being discriminated. Not to warn or penalized you based on the text book of tournament judges and referee. Do and don’t are not as rigid as the tournament rule. In tournament, everybody tries to win and please judge, but not everyone win. In self defense context, everyone wants to live and survive peacefully and everyone can learn and achieve it.
I m sure student is aware of this. Only thing is that instructors may not give extra emphasis. Or maybe instructor asks for special session with of course…special fees. This could make some of us neglecting self defence and worst still, spend most of time training hard for a few championships in a year.
Last but not least…I share with them four element A-Alertness, W-Wisdom, A-Appropriateness & Accuracy and S – Spontaneous/speed.
Thanks. Hope they have fun while learning. And thousand apology for not being able to share more…
Friday, June 5
Vs Soviet - My First Experience
He was right then. I was in that stadium seeing Siva, Khaldun, Choong, Pang, Raman, Che Kwon, plus a few tall Indians from S’gor/KL demonstrating splendid tkd arts and leg techniques. Not to discredit the competitive spirit from my Johor/Muar team. But the rest, main lanyak…practising obsolete hard contact ala kick boxing style. I was lucky to skip and even if I did, I would have been eliminated from this earth.
My Sifu, Master Chek Si was instrumental in instilling my self confidence. He personally picked me up from home and the train usually lasted for 4-5 hours per session (including at least 1.5 hours warm-up and stretching even to the detail parts of body…cerewet sungguh). My idol, of course, Khaldun…I wanted to be better than him, but it was difficult to imitate because he was totally in different characters and skills. Somemore, he was kinda Muhammad Ali who can absorb blow from others with a smilling face but i couldn't.
My aim was simple… Nat. tournament in 1991, Stadium Negara will be the day to reckon with. I set modest target, i.e at least qualify for quarter final and quietly sent a shockwave to other teams using my own hybrid technique. I wasn’t really bothered about the Soviet Team (ranked 3rd in the world as claimed by the organiser) that was invited to compete with our national team then. For me, let our Malaysian team with World Champion tag sparred with them.
Unfortunately, I didn’t even manage to clear the first round in both pattern and mid-weight spar events. Instead, I cursed the referee (don’t want to mention la…tapi masih wujud ). With twice perfect back kick blow on air hitting clearly the exponent’s mid level, I should deserve 4 solid points and win, but was instead penalized 2 points as the opponent dramatized the pain at the groin area to show i was at fault. The guy won but i have never seen him after that. Indeed, he won bronze.
My dad repeatedly asked me whether I wanted to join the trial for national team. I said no. He conveyed my answer to GM. Being pestered by GM, my sifu then persuaded me to try. My answer was two letter, NO! Wah, kuat tul merajuk…He also conveyed this matter to GM. Suddently GM went down from the stage and walked direct to me and dgn nada yg agak tinggi…u pi pakai glove dan jumpa master yeow now!!!…meluru gua cari glove..kecut tulang. hahah

I was not sure how bad I performed but saw Master Yeow nodded head a few times while writing something. A few hours later, my name was annouced. My dad asked me how.?.I told him nothing to excite … maybe jadi reserve je kot. Takan la organizer nak budak umur 18-19 tahun masuk lawan dan kalah…tak kena beb!!!BUkan calang hebatnya USSR ni..kawat je dah semacam.
Master Yeow asked us to meet at Bangsar Shopping Complex (venue for final event). I did bring glove sebb ingat jadi reserve…hahah. Kecut perut gak bila dia suruh cari dan pakai because saya no. 2 after choong..panic!!!.tak lalu terus makan walhal my dad beli my favourite roti pizza tu..hihiii
Luckily my dad and arwah ibu were there to accompany me. During the 1st match, Choong failed to match with the first exponent from soviet yg muka ala ala Korean…smart betul dia main. Mau taknya....World Junior Champion. Masa tu la si Siva berkomunikasi dgn aku. Sounds under pressure. Aku yg hingus ni..ngangguk je...belum mudah faham tactical strategy that he tried to explain. Sempat menjeling my instructor...he said..buat apa yg u comfortable. Then I masuk la, tak pikir byk buat je la apa yg perlu. Janji my favourite back kick on the air menjadi.Thank god, 1-1. Badan pun takda cedera (itu lagi penting).

I was never interviewed post-event but was only asked sekolah mana, form berapa. Tu je. The news about this appeared in the Star a few months later. Masa itu baru tau dia tu Soviet Champion. I ada tanya Siva kemudian kenapa tak beritahu..Dia kata kalau beritau...sure kite kecut dgr.
That was the turning point. From that day, I trained more, i.e.morning 7-9 and evening 8-11 almost everyday and all training program was designed by me, complementing with my sifu program. I was so obsessed that I didnt have appetite to follow my dad jalan-jalan during weekend.
In 1992, ada national tournament kat Kedah. I trained harder this time to win sparring but lain lak yg menang. Pattern ke-2. Sparring first round dah tewas walhal chop kat muka dua kali dan he was not dare to touch my body. My sifu protest, but nothing can reverse that…Master Yeow disagreed i lost but what to do..the corner judges decided. Nonetheless, i was more matured this time and didnt bother about the defeat.
Masa itula I was confident di “uji bakat” pattern, sparring and special technique skills. Masa itu ada sorang lagi nama naik....bernard. Special technique skills tu i and dia je yg leh lepas. But i dont know why his name was not short-listed.
Hmm, video fasal tournament tu dah lama hilang dek rosak banjir. Master yeow ada offer nak jual dalam vcd, tapi mahal..RM500. kot kot ada org yg dah bei, then will be good if he can extend a copy to me., i will pay but not harga asaller, harga cd dan upah copy and postal tu bolehla...hihi
I'd never thought of achieving at this level, maybe takdir....after i've been discriminated from representing states in other sports, i.e. soccer, hockey, tennis due to political interference..Nama dicalonkan, join latihan but dicantas saat akhir oleh org yg last minute train. That's why our sport can't go far....lesson learnt
Tuesday, June 2
menuju 14 June - National TKD
Dalam seminggu dua ni boleh dikata byk "rest". Kelas tkd di kebanyakan IPT ditangguh kerana cuti semester, suasana untuk bertkd kembali agak dingin
Saya menerima surat jemputan kejohanan. Maklumat disampai dari mulut ke mulut ketika BGM lepas, namun suratnya payah kunjung tiba. Akhirnya tiba juga, walaupun hati agak tawar nak assemble team.
Namun, dicuba juga call sesetengah seniors kot kot leh beraksi. Apakan daya...kebanyakannya sudah terlalu lama membujang, dan memang waktu itula mereka mentransformasikan diri menjadi suami isteri. Ada yg berjauhan praktikal dan ada yg sudah bermula kehidupan berkarier. Ada yg berhijrah kembali ke team asal.
Yg tinggal, kite ler...aku rukman shidi dan awang.
Namun, tiada kekecewaan. Malas nak berfikir panjang, aku putuskan tidak hantar team kali ini. Back to square one..train new blood and if possible see us competing with u all again. Maybe not this 1-2 years, maybe next 3 years...maybe.
Hmm, saya ambil masa yg sgt lama membina pasukan. Apalagi pasukan yg setia dan seronok nak bertanding. Lama benar untuk membina pasukan yg mantap. Apa lagi pool yg sentiasa tidak konsisten. Pelajar datang pergi. Sekurangnya ada core team
Maybe, this time around..its not as easy as before. Dunia berubah. NIlai disiplin dan kesabaran semakin longgar. Apalagi masa kite tidak seperti dulu yg byk ruang untuk bersama mereka. Kalau dulu tiap malam boleh turun, la ni seminggu sekali belum tau kite mampu muncul.
Terima kasih buat mereka kerana berkhidmat yg tidak kunjung padam. Byk masa telah mereka korbankan. Sekrg ni tiba mereka melanjuti dunia baru. Good luck to them...
As for now, masa untuk refleksi diri, berfikir apakah plan jangka panjang. Membina team bukan kerja mudah. Lagi payah mengekalkan kelas. InsyaAllah, usaha ke arah memperbykkan kelas akan diteruskan. Kalau itula takdir buat kami...maka itula..
To all participants of national team...good luck...i dont wish to see the same team become overall champs (because of special tech)..let the truly best team wins....
InsyaAllah, i ll be there as judge or maybe as spectators. Of course...this time...no headache because i m indepedent. For teams yg expect my courtesy and sedikit sebyk belas kasihan bila jadi judge...my asnwer is no....only best will win...no less than that!!!!
Monday, May 11
Centre/gym tkd baru
Tuesday, May 5
KT-Part II

Monday, May 4
kenangan di KT 94
Baru je cross view blog ayasu fasal Shams TKD club. Nama aku dan dojang di KT disebut dan memang aku masih ingat lagi kisah kat sana. Macam macam ada.
Pada awalnya aku menolak untuk mewakili negara. Selection demi selection tak datang. Memang takda hati. Ditambah pula latihan di bulan puasa, so aku rasa berat nak train. Ketika tu, aku dok hempas pulas nak upkan CGPA aku sebb first semester drop gara-gara pi Korea.
Aku juga masih ingat masa tu mak bapak aku penat jerih nak korek tabung sendiri nak support aku training dan duit poket pi Korea (cakap nak sponsor training & duit poket, habuk tarak)..Disebabkan sebb aku tak sanggup tgk mak bapak aku susah, aku dah awal-awal btahu yg aku tak ingin sertai national team.
Lagipun, setelah pulang dari Korea, 2 dpd teammates aku dah declare bersara. So, logiknya team aku berakhir. Aku pun fikir biarla team baru yg wakil malaysia. After all, pattern aku bukannya plg dominan dalam team tu dan memang dalam mesyuarat exco aku dgr tak setuju nak kekalkan team "veteran"
Akhirnya team lama dipanggil balik. Aku je tak muncul training. Org kata aku kerek cam bagus, tapi aku ada alasan peribadi. Salah satunya susah benar nak cari tempat solat dan minta break sebb solat dan keduanya...kalau ajak lunch dan dinner, sure tempat yg tak senonoh dan campur aduk - swine flu...hihi
Akhirnya aku decide nak sambung selepas ibubapaku dihubungi oleh seseorg.. Lagipun confirm dapat elaun dan takla susah sgt aku nak harap ibu bapaku nanti. First sekali train kat Sea Park bulan puasa. Train start kul 6.30 ptg. Gila...selamba je aku btau Master yeow aku nak bukak puasa dan yg paling susah nak cari surau kat PJ. Masa tu aku budak lagi dan mode transport aku adalah bus...kalau ada motor, senang aku gerak skit...Paling dekat kat masjid UIA PJ dan sure makan 1 jam...Aku report balik train kul 9.30 malm. Bengang kan...bus mini punya halal, ada sekali terus hala ke kl...lo
Byk kali gak aku train sampai kul 2 pagi, walhal aku dah awal minta break nak balik sebb esok tests kat ITM. Dia tahan aku sampai bus 12 malam takda..terpaksa aku hire teksi double rate RM50, walhal baru je bapak aku bagi duit tu hari semalamnya.. Esok pagi bila pergi kelas, test ditangguhkan..chet!! Hujung minggu nak pergi train lagi, duit dah habis
Kat KT, first hostel kat perpel lodge (ada lagi ke tak) dan training hall kat depan je. Sebb aku ni org baru...payah betul nak cari surau. Tanya org sana, mu lok kiri, kanang, terus, kanang dan pusin kiri..pening aku. Last last, aku solat je tepi lorong rumah yg tak da org kot. Nasib ada paip tepi jalan. Pulun je..
Tournament tu seronok... besar....hebat. Yg paling seronok ialah bila team mate aku bengang sebb wartawan kerumuni aku...sebb aku mim...tapi bukan aku yg menang. kdg aku sendiri tak pernah buat kenyataan, tapi esok dah keluar paper. Main taram je utusan dan berita harian
Tapi terharu la mengenangkan arwah ibuku dan bapak tolak dari muar tgh malam nak tgk aku bertanding. Esok pagi dah muncul kat stadium. Blm makan malah tak tau nak stay mana. Mujurla ada kawan politik lama dia offer tempat tinggal, dato zakaria, org kuat s46..rupanya di akhir event, aku baru tau rumah tu tak jauh dari bungalow tempat kontinjen malaysia tinggal. Ceh, kalau aku tau...tiap malam aku lepak dgn mereka..dapat la enjoy skit
Byk lagi kenangan di KT yg masih dalam ingatan. Masakan aku boleh lupa gitu. Yg bercakap dgn aku masa tu Mr Najmi (belum master lagi). Dia kata patut promo lebih lebih org "kite". Aku ni biasa je la...standard pun tak kemana pun. Ramai lagi yg terer macam bernard, dan beberapa lagi org pilihan korean coach. Nama aku pun bukan dalam senarai top. Cumanya last minit dapat masuk middle weight spar sebb masa selection, aku lebih byk hentam kat kepala org-org kesayangan korean coach tu..
Apa agaknya KT sekrg? The last aku pi masa national tkd. Memang ada project uitm anjuran nasriah pi KT beberapa tahun seblum ni, tapi saya miss sebb kerja. So melepasla nak belasah keropok lekor original...
Monday, April 27
blog tkd dan kite
Isu yg kerap dilaungkan ketika bgm ialah betapa lemahnya publisiti kite. Kite ada YDP agung, kite ada organisasi yg aktif, namun kurang promosi.
Terlintas jugak nak komen. Sesetengah parti politik memang payah nak dipromosi melalui TV tetapi pengaruh mereka masih boleh dilebarkan sehingga boleh menumbangkan kerajaan.
Ada beberapa powerful factor, iaitu personaiti kepimpinan, ICT dan pengiktirafan tenaga muda.
Tapi mgtf macam mana? Hamba tak tau. Jarang dgr org masuk tkd kerana terpesona dgn master master. Dulu adala. tapi sekrg ni ramai beri alasan berhenti sebb master.
Nak kata ICT, hmmm, orang kite masih berlegar dok cerita publisiti akhbar, tv, majalah. Tapi tang ICT ni dok canang bab nak bukak web. masa kat seminar jurulatih di poli dulu, cerita pasal web ni bkan main lagi, seolah olah ahli ni memang buta ICT. Aku rasa din gelak besar dulu dah bukak blog.
Gelombang muda? hmm aku belum nampak lagi...ada pun beberapa kerat muda mudi yg aktif melayari blog dan mencari maklumat. Adalah beberapa kerat yg benar benar mempromosikan kelas mgtf.
Dulu, sahabat ana ada cadangkan untuk dokumentari tkd dalam gerak tangkas. Kalau aku ni gila glamer, dah lama aku tak ajak din dan bdak poli. Ramai yg shooting. Kebetulan penerbit geng gua dan memang hasrat untuk jadikan mgtf slot pertama. Alhamdulillah, memang jadi betul. Malah semua muka ada..fair...tapi bila meeting aku ingat aku pernah kena perli belasah sebb memandai buat siri...aku memang nak jawab, tapi master najmi halang aku. Dia paham.
Ikut hati geram. org nak marah aku sebarangan tapi tak pernah tgk slot tu. Hanya tau dari rakan lain yg tgk, terus buat andaian memandai je aku. walhal aku tolong promosi tkd. tapi takpa, dua hari suntuk shooting, semua muka ada, daripada dulu...kalau shooting berjam jam, sepuluh saat belum tau muncul, yg adapun muka seorg dua yg maukan publisiti.
So, itu la masalah kalau 3 perkara ini takda dalam mana mana kelab tkd. walhasil, segala ucapan jadi ucapan. Aku juga dipahamkan sesetengah anak murid diberitakan tak boleh buka blog sebb dia tak mewakili sesuatu kelab..payah kalau mentaliti gini diselitkan.
masa untuk hanya bergantung promosi pada org sekerat dua sudah luput. Sekrg ni, dgn adanya saluran internet, semua ada hak dan kemampuan untuk buat promosi. Semua adalah duta dan suara mereka kalau pun kecil, tidak harus dipandang enteng. Dan lagi penting, suara anak muda-muda ini adalah gelombang yg menjadi nadi masyarakat.
Kelab ini bukan status elit. kite adalah pemangkin masyarakat. Kalau 3 element ini diperkasa, kite boleh berkembang maju. tapi sayang, kite masih di takuk sama walaupun penasihat kite adalah org no 1 negara....

