Monday, October 12

dapur tak berasap..kepala berasap

Mood hari raya masa on. Bertambah rancak bila tiba di penghujung minggu. Bertalu jemputan ada. Yg terlarat tu kami singgah, yg tak mampu kami nampakkan wajah, minta maaf la sesangat. Kalau kaki ni ada empat, dah ku bagi bagi tugas.

Yg tidak kurang bestnya...hujung minggu dapur tak berasap. Minggu lepas je...pergh. dah plan awal awal kemas dapur, simpankan periuk dan pinggan dalam kitchen cabinet. Dah yakin beno tak masak.

sabtu tghari...pi rumah jiran...Pergh...lauk ikan masin pun kire sedap. Kul 3, pi rumah anak murid dgn laksanya. Balik jap sempat tidu...bgn je kul 6, rumah jiran ku tandang sekluarga. Malam tu aku ada 2-3 jemputan, tak sempat aku nak pergi semua...terpaksala 2 rumah aku tak jadi pi. Pastu kul 12, jiran aku lak ajak habiskan lauk. Apa lagi, kite pergi la lagi.

Esoknya..ada lagi jemputan. Tetiba dapat call...mak nak singgah.. Apa lagi....berasap la juga dapur. Hihih. Yela. Ahli keluarga datang, takan nak biarla gitu. Dah masak, baru la rock. Akhirnya, nasi ayam jadi taruhan...Alhamdulillah, licin.....aku tak larat, landing kat katil jap, tetiba tak lama, datang lagi tetamu..Kemudian la, jiran lak ajak rumah terbuka. dan di tangan aku juga terkebil kebil terima jemputan sms...tak tau nak pi mana satu...

Berasap gak kepala nak pikir mana satu nak pi. Time dkt dkt. Kalau kata tak pi...pasti tak seronok dgr. Kalau kata insyaAllah...biasala tu (org melayu bab tu..sure tak pi)...namun, bila dah sibuk melayan ahli keluarga, mak ayah adik beradik seangkatan isteri saya...tak teringat nak balas..hmmm. maaf sangat...

Open hse ni dah jadi budaya. Elok la tu. Cuma yg payah tu bila jemputan bertindih. Kalau kite ada driver pun, belum tau sampai. Yg menjemput tu mungkin tak kisah kite tak datang...tapi kite ni rugi la tak datang....nasib baik raya tak cuti umum sebulan. Kalau ye,,pasti rakyat malaysia kenyang sebulan...setelah perut kosong siang hari sebulan. huhu.

kepada yg tak sempat ku tandangi...maaf. Kepada yg masih berhajat tu...silala jemput kami. Ada seminggu lagi...hjg minggu ni? gua dah ada 2 jemputan...satu taman gua..satu la...yg paling unik....open hse breakfast. hihihi

takda ke org buat open house ramadhan???? kan lebih ok..atau hari raya haji akan datang?

12 Your Comments:

EIZAM said...

Dari apa yg saudara komen, sudah cukup menggambarkan sikap saudara sebenarnya...

mengkritik dgn berselindung nama samaran tiada ertinya kerana niat anda jelas.

Tak syak lagi...anda adalah org yg disekeliling yg mengenali saya dan keluarga. Org org yg biasa yg tidak kenali tak mgkin buat komentar sedemikian.

Kalau anda menghormati kakak saya, bagusla..dia seorg guru yg baik. Dan dia juga menghormati prinsip saya. Dan seorg anak murid seeloknya tak perlu nak membuat perbezaan antara kami kerana niat anda sudah jelas.

saya buat blog untuk bercerita dan terpulang pada pembaca. Nak baca ke tak, busan ke tak, not my problem. Saya kalau masuk blog org lain..kalau tak best ke, tak yah nak komen. bukak je blog lain...

Tetapi mengkritik tak tentu fasal ....tak payahla..takda kena mengena tukang masak dan bina jambatan...saya nak cerita fasal tkd ke, keluarga saya ke, isteri saya ke...so what!!

buat kakakku...nice to see yr comment in the blog. Bertambah meriah adanya anda.

Memang tidak ada sapa yg menang, tapi sapa yg cipta bala itula yg akan terkena balik...

Lunas Harapan said...

PROGRAM LUNAS HARAPAN
CARA EFEKTIF LUNASKAN HUTANG PTPTN. INSYAALLAH BOLEH LUNASKAN BERAPA PUN HUTANG ANDA.
ELAKKAN DIRI, TEMAN, ANAK, SAUDARA MARA & JIRAN TETANGGA ANDA DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

TAKLIMAT
SETIAP SELASA & RABU JAM 8.30 MALAM.
JUMAAT & SABTU JAM 3.30 PETANG.

BERTEMPAT DI PEJABAT NPL CONSULTANT SB,
4-5 JALAN USJ 9/5T, SUBANG JAYA BUSINESS CENTRE.
47620, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(DEPAN BALAI POLIS USJ 8)

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
AZMI - 012 939 8186
WANI - 012 216 8151
SALMI - 019 316 2631

Ayasu Kuro-Obi said...

laaa...patut la x dok batu...rupanya...

Family Tree said...

Saudara, kata saudara bersikap profesional, kenapa nak marah2 nie? Tak baik tau. Dan kenapa saudara bersikap takut sehingga delete apa yang telah saya utarakan semalam? Komen saya general, sedangkan ramai bloggers lain yang lebih dahsyat lagi komen daripada saya terutamanya kepada orang politik/artis. Saudara nampaknya tidak dapat menerima komen orang2 yang saudara tidak kenal kerana semua kawan2 rapat saudara memuji dan mengagungkan saudara. Well, it's up to you. Terima Kasih kerana memberi komen yang membina. Orang kalau pengecut akan delete komen orang lain. Biasaler...anyway saya hormat kepada kawan saudara yang lain yang bersikap profesional. Saya tidak diupah menjadi penasihat saudara tetapi saya diberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa melibatkan unsur2 yang menjatuhkan maruah atau menghina Islam.

Untuk makluman saudara, saya bukan sahaja setakat dijentik, saya pernah mengalami perkara lebih dahsyat dari itu. So pendapat saudara saya tidak berani dijentik adalah salah. Pernahkah saudara dijentik? Baru komen pun sudah marah inikan pula dijentik. Menangis kerana kalah dalam perlawanan TKD itu bukanke sudah dijentik.

Akhir kata, grown up le...still got a long way to go. Good luck to you semoga saudara tidak menangis bila kene jentik.

Selamat hari raya, maaf zahir. Bye..

marwani said...

Salam buat semua. Rasanye tak perlulah dipanjangkan cerita ini lagi sebab isu ini cuma kecil je. Buat Family Tree, saya hargai komen saudara tu dan saya nak minta maaf bagi pihak adik saya sebab dia 'sedang datang angin kus-kus'.Buat Eizam banyak2 bersabar sebab takde pihak yang menang dalam hal ini. Family Tree kalau sudi emel pada saya sebab saya nak tau identiti saudara.

Family Tree said...

Kalau saudara dah mengecop saya sebagai pengkritik yang bodoh, saya terima dengan senang hati kerana saudara yang mengajar saya dulu.Saya adalah bekas anak murid saudara yang juga merupakan bekas anak murid kakak saudara sendiri Marwani (yang amat saya kagumi), juga amat mengenali ayah saudara serta Pengasas ITF. Soal bodoh tu saya tak kisah tetapi apabila melibatkan sifu2 yang banyak mengajar saya (tidak termasuk saudara yang hanya mengajar tempoh singkat), ianya secara tidak langsung statement tersebut juga mengenai mereka2. Kalau saudara mengatakan blog saudara tu santai tak payah cerita pasal perjuangan, atau TKD. Lebih baik tukar je blog ni kepada blog bersantai tanpa arah.Saya akan beralih arah ke blog lain terutamanya sifu2 yang relevan. Akhir kata - jangan menjadi tukang masak kalau tak tahan panas. Membina jambatan lebih baik dari membina pagar. Kalau tak faham perumpamaan ini, sila rujuk kat library.

PS : Saya teringat apa yang kakak saudara pernah kata pada saya, mencari lilin lebih baik dari merungut dalam gelap.

Rocm said...

jangan gaduh2.. blog utk tatapan & meluahkan pandangan.. yg baik kita ambil iktibar/ilmu & yg keruh kita tinggalkan..

Harap segala kemasalahan ni akan dpt diselesai. Jgn dipanjangkan lagi.. kita happy & enjoy.. no hard feelings

EIZAM said...

saya delete kerana tidak mau saudara jadi bahan lawak akibat mengkritik tanpa sebb dan melulu. Apa lagi mengkritik disebalik nama samaran dan ditambah pula, kritikan yg langsung takda fakta dan menyeleweng. Ramai org tanya saya siapakah pengkritik yg bodoh tu sedangkan tidak mampu saya jawab. Maka, lebih elok saya delete, kerana sekurangnya kebodohan sedara tak berlegar ceritanya di kalangan org lain yg lagi tidak mengerti saudara.

Toksahla nak mengkritik tanpa fakta sebb blog ini pun bukan blog political parties yg terdedah pada kebencian and tafsiran sempit.

Ini blog saya yg bersifat santai dan kalau ianya tidak cukup cerdik buat sedara, bacala blog lain...

TENGKU ISMARIZA said...

"A REAL LEADER FACES THE MUSIC,EVEN WHEN HE DOESN'T LIKE THE TUNE"
i respect Eizam & Mawani
As a human,nobody is perfect

EIZAM said...

Family tree - kau ni ada masalah..masalahnya adalah kau nak jadi penasihat sedangkan bila masa aku lantik kau...family aku semua best best...cuma kalau tersangat best tak perlu aku nak cerita..kang lagak lak.

The Shadow - kau bosan ke tak. bukan masalah aku..aku pun tak bising pun kerana kebodohan kau sendiri yg menyebabkan kau bosan...lagi kau tak baca. lagi bagus..bukan untuk aku. malah untuk ramai lagi blogger yg dapat layanan macam kau...jentik pun tak berani

Ayasu Kuro-Obi said...

Weh rancak... pehal ni Zam? x faham citer la... apa kaitan dgn tajuk posting tu...

Family Tree, mu xdok batu wi komen susuk nama, ni mengaku anak murid Eizam, bukan anak murid gini gaya...kalu rasa ikhlas gi lah juper tok guru mu cakap molek biar bernas dok la keruh... walau mu dok stuju dgn posting org yg mu anggap tok guru... Bisa benor pengalaman mu ni byk kali lebih dari kena jetik...
"Dok Paham Sudoh Nama Mu Doloh"

Tengku Ismariza said...

Apa maksu AYasu?